Tuesday, 6 December 2011

RANCANGAN MENGAJAR TAMBAH


Hari                                         : Rabu
Tarikh                                      : 27 April 2011
Kelas                                       : Gigih (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran)
Matapelajaran                          : Matematik
Masa                                        : 11.00 pagi-12.00 tengah hari
Bilangan murid                       : 6 orang
Tajuk                                     : Operasi tambah (lingkungan 10)
Isi Kandungan                        : 1) Menulis ayat matematik
                                              2) Menulis jawapan yang betul bagi  operasi tambah adalam linkungan
                                              3) Menulis jawapan bagi soalan ayat matematik.
Kemahiran                               : Membilang dan menambah.
Pengetahuan Sedia Ada          : Murid boleh membilng nombor sehingga 20 .
Objektif                                   : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
                                                   1) Menulis ayat matematik empat daripada enam soalan dengan betul
                                                   2) Mewarnakan jawapan bagi soalan tambah dalam linkungan 10       
                                                      tiga betul daripada lima soalan dengan betul.
BBM                                       : Papan putih, kotak beracun, kad nombor ,kad simbol, laptop , LCD dan 
                                                  kad soalan ikan.            
Penggabungjalinan
Kemahiran                               : Kemahiran Manipulatif, Bahasa Melayu dan Muzik
Nilai murni                              : Mendengar dan patuhi arahan guru, kerjasama , yakin diri dan berani.


Langkah/
masa
Isi
pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
BBM dan Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Meneka bilangan gula-gula untuk kaitkan dengan tajuk.Guru menerankan konsep melalui gabungan gula-gula dala bekas A dan B
Guru menunjukkan dua bekas yang dinamakan bekas A dan B yang berisi gula-gula.

Guru menulis nama murid yang cuba meneka di papan putih dan jumlahnya.
Murid yang meneka dengan betul diberikan gula-gula.

Guru menggunakan teknik penceritaan untuk menjelaskan  kepada murid.
“Dalam bekas A ada empat biji gula-gula dan bekas B
ada tiga biji gula-gula. . gula-gula dalam kedua-dua bekas disatukan oleh dan membilang bersama murid.
Kemudian guru menyebut
“3 dan 4 jadi 7”.
    “ 3 tambah 4 sama dengan 7”.












Murid meneka bilangan gula-gula dalam kedua-dua bekas.




Murid mendengar penjelasan guru melalui tunjuk cara dan teknik penceritaan.

Murid melihat proses gabungan gula-gula di tunjukkan oleh guru.



Murid menyebut
3 dan 4 jadi 7”.
  “ 3 tambah 4 sama dengan 7”.

4





BBM:-
1.Bekas gula-gula
2. Gula-gula
3. Kad nombor epal

Nialai murni:
1.Berani
2.Berkerjasama.
Langkah 1
(10 minit)
Dengan menggunakan paparan dari power point guru menerangkan cara menulis ayat matematik daripada gabungan nombor dan gambar.

























Menunjukkan simbol tambah dan sama dengan murid .
Guru memperkenalkan
dan menyebut simbol sama dengan dan tambah kepada murid dan minta murid menyebut.

Guru menerangkan cara menulis ayat matematik dengan paparan daripada power point untuk lebih penjelasan.


Guru menyebut  ayat matematik yang ditunjukkan kepada murid.

Bersoal jawab dengan murid berpandukan paparan daripada power point




















Guru menampalkan simbol tambah dan sama dengan di papan putih.





.


Murid menyebut simbol tambah dan sama dengan secara berkumpulan dan individu.

  
Murid membaca ayat matematik daripada gabungan nombor.
Murid melihat paparan power point yang ditunjukkan oleh guru.

Murid dan guru bersoal jawab berdasarkan paparan daripada power point.

Murid menyebut bersama guru ayat matematik yang dipaparkan kepada murid.
Bersoal jawab dengan guru berdasarkan paparan yang ditonton oleh murid.
Murid diberi peluang untuk menyebut ayat matematik sebelum jawapan ditunjukkan.

Murid di minta berulang kali menyebut simbol tambah  dan sama dengan.


Murid di minta secara individu dan berkumpulan menyebuat ayat matematik .





BBM:-
1. Papan putih
2. Laptop
3. LCD
Nilai murni:-
1. Kerjasama
2. Yakin pada diri
Langkah 2
(15minit)
Menulis jawapan bagi soalan ayat matematik.

Contoh soalan:-

3 + 2 =
4 + 3 =
2 + 2 =
6 + 0 =

Mengira operasi tambah menggunakan alat pembilang.
Guru menampalkan soalan operasi tambah di papan putih dan menerangkan cara mengira menggunakan  alat pembilang iaitu manik besar benang.
Contoh soalan:-

 








Guru menampalkan beberapa soalan lagi. Guru membimbing murid mencari jawapan bagi semua soalan.

Bersoal jawab dengan murid berdasarkan soalan yang ditampalkan pada papan putih.

Murid membilang menggunakan alat pembilang untuk mendapatkan jawapan.

Guru membimbing murid bilang menggunakan jari.
BBM:-
1. Papan putih
2. Kad soalan
3. Anggota badan
     (Jari )
4. Alat pembilang

Nilai murni:-
1.Kerjasama
2. Mendengar dan patuhi arahan guru.
Langkah 3
( 15 minit)
Aktiviti permaian memancing.



Ikan akan diletakkan soalan tambah.
Guru menyediakan kolam yang diletakkan ikan mempunyai soalan tambah.
Guru akan berikan setiap orang pancing dan memancing seekor ikan dan masa akan ditetapkan.
Kemudian guru akan suruh setiap murid datang ke hadapan untuk menyelesaikan soalan pada ikan tersebut.
Guru bersama murid akan bincangkan jawapan tersebut.
Setiap murid akan mendapat kayu pancing.
Kemudian murid akan mula memancing soalan matematik yang berdapat pada badan ikan.
Setelah tamat tempoh memancing murid yang dapat ikan akan datang ke hadapan dan tampalkan ikan di papan tulis dan menyelesaiakan soalan tersebut.
Murid akan bincangkan jawapan bersama guru.
BBM:-
1. Kayu pancing
2. Ikan
3. Kolam
Nilai murni:-
1. Yakin
2. Berusaha
Langkah 4
(10 minit)
Aktiviti membuat lembaran kerja sebagai pengukuhan kepada murid.
Guru memberikan lembaran kerja kepada  setiap murid dan membimbing murid membuat latihan.
Murid membuat latihan yang diberikan oleh guru.

Lembaran kerja yang kedua buat sebagai latihan di rumah.
BBM:-
1. Lembaran kerja
Nilai murni:-
1. Yakin pada diri

Penutup
(5 minit)
Rumusan isi pelajaran pelajaran hari ini.
Guru membuat rumusan pengajaran dengan bertanya soalan kepada murid.
Memberi latihan dalam buku kerja.
Murid memberi maklum balas terhadap pertanyaan guru.
Murid menandakan muka surat untuk membuat latihan di rumah pada buku kerja.
BBM:-
1. Buku kerja
Nilai murni:-
1.Kerjasama.
2. Mendengar dan patuhi       arahan guru.

No comments:

Post a Comment